Previous Next

Lawatan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (IPTA) Malaysia ke IASDO, SOC

Crazy idea dalam mentransformasikan bidang penyelidikan adalah saranan utama yang diberikan oleh Profesor Dr. Noor Azizi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (IPTA) sempena lawatan kerja beliau ke Institute For Advanced And Smart Digital Opportunities (IASDO), Pusat Pengajian Pengkomputeran pada 21 Ogos 2017 yang lalu.
Pada sesi selama sejam itu, beliau berkongsi ciri-ciri cadangan penyelidikan yang diperlukan KPT bagi membantu penyelidik mendapatkan geran. Katanya, penyelidikan yang berteraskan idea yang luar biasa dan memberi impak besar secara langsung kepada komuniti adalah penting untuk menjamin kejayaan dalam memperolehi geran KPT.
Pembentangan beberapa projek penyelidikan termasuklah Coloured QR Code serta Aplikasi myNelayan@Langkawi telah menarik minat beliau untuk diusulkan kepada KPT.
Turut serta dalam lawatan ini adalah Prof Dr Huda Hj Ibrahim, Penolong Naib Canselor CAS selaku Dekan SOC, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC), barisan pengurusan SOC dan Ketua Unit Penyelidikan (RU) SOC.

Institute For Advanced and Smart Digital Opportunities, School of Computing, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah Darul Aman