Majlis Program SOC Mengaji (30 Juzuk) dan Khatam Al-Quran, anjuran Kelab Kebajikan SOC, telah berlangsung dengan jayanya pada 9 dan 10 Mac 2025 bertempat di BMU SOC. Program ini menyaksikan kejayaan para peserta dalam mengkhatamkan 30 Juzuk Al-Quran pada 10 Mac 2025.
Dalam ucapan pembukaan majlis, Dekan SOC menyatakan bahawa program ini bukan sahaja bertujuan menggalakkan budaya membaca dan memahami Al-Quran dalam kalangan warga SOC, tetapi juga berperanan sebagai wadah memperkukuh ukhuwah serta mendidik jiwa ke arah pembentukan sahsiah unggul.
Beliau turut menzahirkan rasa syukur dan penghargaan kepada semua peserta, tenaga pengajar, serta pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Tambahnya, semangat kebersamaan yang terjalin sepanjang program ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan masyarakat yang berilmu, berakhlak mulia, dan berpegang teguh kepada ajaran Islam.