Institut for Advanced and Smart Digital Opportunities (IASDO), Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highlands, dan Sekolah Kebangsaan Telanok, Cameron Highlands, Pahang telah berjaya mengadakan Program Explorasi IoT Bersama Komuniti Orang Asli selama 3 bulan bermula pada 24 April 2022 sehingga 28 Julai 2022. Fasa 1 pelaksanan program melibatkan seramai 14 orang yang terlibat ke program tersebut iaitu staf, pelajar pasca-siswazah dan pelajar sarjana muda dari Pusat Pengajian Pengkomputeran bagi memberi pendedahan teknologi maklumat yang luas kepada komuniti luar bandar. Objektif utama program ini adalah untuk mengkaji tahap kesedaran IoT dalam komuniti luar bandar, dan mengetahui cabaran disamping memberi motivasi dan pendedahan tentang IoT.
Fasa 1 yang dijalankan pada 25 Mei 2022 (Rabu), seramai 3 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar pasca-siswazah yang turut dibantu oleh 4 orang pelajar ijazah sarjana muda telah mengendalikan program “Internet of Thing (IoT)” yang disertai oleh 50 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Telanok, Cameron Highlands. Program ini bermula pada jam 9:00 pagi dengan sesi perkenalan diri oleh setiap fasilitator. Seterusnya diteruskan dengan sesi perkongsian “Internet of Things” yang disampaikan oleh Shehu Malami Sarkintudu, Isyaku Uba Haruna dan Rabie Abdulrahman Mohamed. Selain itu, sesi soalan jawab dan beberapa aktiviti selingan juga turut diadakan di sepanjang perkongsian. Melalui perkongsian ini, pelajar-pelajar tersebut diberi pendedahan dengan lebih jelas dan meluas tentang kepentingan IoT pada masa kini.
Pada jam 1:30 petang, para pelajar, guru-guru SK Telanok yang terlibat dan fasilitator berkumpul untuk majlis penutupan dan pemberian cenderahati kepada pihak sekolah. Sebagai kesimpulannya, program ini berjalan dengan lancar dan objektif utama program ini dapat dicapai. Diharapkan agar program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.
Disediakan oleh:
Institute for Advanced and Smart Digital Opportunities (IASDO), 2022