Program Urus Data Dengan Bijak dan Sistematik telah dianjurkan bersama Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highlands (PPDCH) dan Institute for Advanced and Smart Digital Opportunities (IASDO), Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) selama 3 bulan bermula 20 Mei hingga 20 Ogos 2022. Program yang dilaksanakan secara bersemuka telah disertai oleh kira-kira 12 orang peserta, yang terdiri daripada staf akademik IASDO dan pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highlands (PPDCH).
Pihak IASDO telah dilantik oleh Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highlands (PPDCH) pembangun dan panel pembuat dasar penggunaan ICT di PPDCH. Ini adalah sebahagian aktiviti yang dicancang menerusi jalinan kerjasama IASDO-PPDCH. Bengkel Tatacara Peggunaan Sistem Pengurusan Data Pemulihan ini telah disampaikan oleh Dr. Hapini Awang, yang merupakan Pengarah IASDO kepada Pegawai Unit Pemulihan di PPDCH.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi tatacara penggunaan sistem pengurusan data pemulihan bersama guru pemulihan Sekolah Rendah Cameron Highlands, Pegawai ICT PPDCH dan Pegawai Unit Pemulihan.
Program yang dilaksanakan ini adalah sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Teras ke-4 (SDG4): Menjamin pendidikan menyeluruh dan ekuiti serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada semua; dan Teras ke-17 (SDG17): Menguatkan cara pengamalan dan menggiatkan kerjasama antarabangsa demi pembangunan mampan.
Perkongsian ilmu ini diakhiri dengan sesi soal jawab dimana Pegawai Unit Pemulihan sempat bertanya beberapa soalan berkaitan sistem pemulihan ini. Diakhir majlis, semua peserta sempat bergambar sebagai kenangan.
Disediakan oleh:
Institute for Advanced and Smart Digital Opportunities (IASDO), 2022