Mesyuarat kali pertama ini bertujuan membincangkan perancangan strategik termasuk visi, misi dan objektif penubuhan pusat kecemerlangan (CoE) baru yang diletakkan di bawah Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) iaitu Institute For Advanced And Smart Digital Opportunities (IASDO). Perbincangan ini melibatkan beberapa pensyarah kanan di SOC yang memberi input untuk pembangunan IASDO.