Previous Next

Mesyuarat Perbincangan Awal Mengadakan Round Table Discussion (Rtd) On Cyber Security Bersama Ksu Kpt Bil1/2016

Mesyuarat ini membincangkan mengenai pelaksanaan Round Table Discussion (RTD) bersama pihak CyberSecurity Malaysia. Universiti Utara Malaysia (UUM) dan CyberSecurity Malaysia telah menjalinkan kerjasama strategik dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) pada 6 Oktober 2016 yang lalu. Diskusi ini adalah salah satu program yang dicadangkan oleh, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, Naib Canselor UUM yang akan melibatkan ketiga-tiga kolej iaitu UUM CAS, UUM COLGIS dan UUM COB bersama menganjurkan diskusi ini bagi membincangkan mengenai topik-topik berkaitan pelbagai isu termasuk keusahawanan, perniagaan, pengurusan, undang-undang. Tujuan diskusi meja bulat ini akan membincangkan isu keselamatan siber dan menjadi medan percambahan pengetahuan, pengalaman dan kepakaran dalam menangani senario ancaman siber semasa.

Institute For Advanced and Smart Digital Opportunities, School of Computing, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah Darul Aman