Previous Next

Program Pembangunan Pengurus Mini Rtc - Kklw

Program Pembangunan Pengurus Mini RTC di bawah kelolaan KKLW telah dianjurkan pada 14-16 Disember 2016 bertempat di Hotel de Baron, Langkawi. pihak KKLW telah menganugerahkan dana penyelidikan dan pembangunan latihan untuk pihak IASDO bagi melaksanakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan latihan. Pembangunan latihan ini melibatkan tiga komponen utama dalam pengupayaan pengurus Mini RTC. Komponen ini adalah kaedah pemasaran media sosial, pembentukkan kluster, dan keusahawanan digital. Oleh itu, pihak IASDO telah membentuk modul latihan bagi memperkasakan penguasaan pengurus Mini RTC seramai 30 orang bagi ketiga-tiga komponen tersebut

Institute For Advanced and Smart Digital Opportunities, School of Computing, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah Darul Aman