Previous Next

Pembentangan Kertas Projek Pengarah Iasdo Bersama Penyelidik Dari Ncrc 'Women Moving Millions' Bertajuk 'Smart Women Ville - Women Moving Million'

UUM ONLINE: Pulau Pinang - Naib Canselor UUM, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak telah dipilih semula sebagai Ahli Majlis Asia-Pasific University Community Engagement Network (APUCEN) bagi tempoh tiga tahun mulai 2017 hingga 2020.
Pemilihan tersebut dibuat pada Sidang Kemuncak APUCEN 2017 yang berlangsung selama dua hari mulai 20 hingga 21 April lalu di Hotel Jen.
UUM menerusi NCRC yang merupakan sekretariat APUCEN dipilih bersama 11 lagi Ahli Majlis terdiri dari dua universiti tempatan dan sembilan universiti antarabangsa.
Pemilihan baharu ini adalah bagi menentukan hala tuju dan pembangunan APUCEN untuk tiga tahun akan datang.
Kyoto University of Foreign Studies (KUFS), Jepun turut dipilih semula sebagai Timbalan Presiden APUCEN yang dinaungi Presiden Tetap APUCEN iaitu Universiti Sains Malaysia (USM) di bawah kepimpinan Prof Dato' Dr Asma Ismail.
Sementara itu, pada sidang kemuncak APUCEN itu, NCRC turut membentangkan kertas projek 'Women Moving Millions' bertajuk 'Smart Women Ville - Women Moving Million' oleh Prof Madya Dr Norashidah Jaafar dan Dr Azizah Ahmad, selain menyertai pameran poster projek 'Community Engagement'.
Sepanjang dua hari persidangan itu juga, Pengarah NCRC, Prof Madya Dr Rohana Yusof yang mewakili Naib Canselor telah menghadiri mesyuarat Serantau Majlis Tertinggi APUCEN Ke-10.
Antara agenda mesyuarat ialah memperkenalkan ahli majlis baharu serta aluan Presiden APUCEN tentang cadangan projek penglibatan komuniti berskala besar dan berimpak tinggi serta galakan kepada ahli majlis untuk menyertai University-Community Engagement Conference (UCEC) 2017 di Kyoto, Jepun pada September depan.

Institute For Advanced and Smart Digital Opportunities, School of Computing, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah Darul Aman