NEWS

School of Computing

MERAIKAN PELAJAR CEMERLANG PENERIMA SIJIL ANUGERAH DEKAN BAGI SEMESTER KEDUA SESI 2022/2023 (A222)

 

ad1

 

Seramai 217 orang pelajar cemerlang yang mendapat PMK 3.67 ke atas telah diraikan di Majlis Anugerah Dekan bagi Semester Kedua Sesi 2022/2023 (A222) anjuran Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC). 179 orang pelajar ini adalah terdiri daripada program Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Teknologi Maklumat) dan 38 orang pelajar dari program Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian.

Program yang telah berlangsung pada 15 Januari 2024 telah disertai oleh semua penjawat Pusat Pengajian Pengkomputeran dan penerima Anugerah Dekan dan turut terlibat adalah seramai 29 orang ahli jawatankuasa dan para pensyarah SOC bagi menjayakan program ini.

Antara objektif lain program ini adalah untuk memberikan semangat kepada pelajar lain agar terus berusaha bagi mencapai kejayaan pada masa depan. Selain itu, program sebegini dapat mengeratkan hubungan antara mahasiswa dengan kakitangan SOC serta dapat meningkatkan motivasi para pelajar untuk terus lebih berjaya dalam bidang akademik pada masa akan datang.