NEWS

School of Computing

SOC ANJUR IFEX@UUM INVITED LECTURER BERSAMA PENSYARAH UNIVERSITAS ISLAM NEGERI SUNAN KALIJAGA YOGYAKARTA DAN UNIVERSITAS KOMPUTER INDONESIA

 

ifex

 

Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) UUM CAS menyambut baik program International Faculty Exchange Week@UUM 2023 (IFEX@UUM 2023) anjuran Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC).

Program yang telah berlangsung selama lima hari bermula 5 November sehingga 9 November 2023 disertai oleh enam pensyarah universiti dari Indonesia di mana dua daripadanya telah ditempatkan di SOC iaitu Prof. Dr. Ir. Shofwatul Uyun daripada Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga Yogyakarta Indonesia dan Encik Agus Mulyana daripada Universitas Komputer Indonesia.

Pelajar Pascasiswazah SOC telah menerima perkongsian ilmu dari aspek pembelajaran antarabangsa dan silang budaya daripada dua pensyarah tersebut dalam program yang dianjurkan oleh pihak SOC pada 6 dan 7 November 2023.

Program ini turut memupuk semangat serumpun kepada usaha pengantarabangsaan SOC UUM bagi meningkatkan kerjasama antarabangsa terutamanya dari Indonesia untuk bekerjasama.