NEWS

School of Computing

KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI (KVSP) KE SOC UUM BAGI LAWATAN PENANDA ARAS

 

KVSP

 

Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), Universiti Utara Malaysia telah menerima lawatan penanda aras daripada delegasi Kolej Vokasional Sungai Petani (KVSP) pada 30 Oktober 2023 yang lalu. Delegasi KVSP terdiri daripada 19 orang pelajar dan 7 orang pensyarah. Lawatan ini bertujuan untuk memberi penekanan kepada kepentingan membangun ekosistem pendidikan yang efisien dan kolaboratif.

Deligasi telah disambut oleh Encik Ahmad Hanis Bin Mohd Shabli dan Encik Suwannit Chareen Chit a/l Sop Chit dengan berkongsi peranan MCMC-UUM MakerSpace Laboratory di mana ianya merupakan makmal yang dibina untuk melaksanakan pelbagai projek dan penyelesaian kreatif serta merealisasikan pelbagai idea dan memberi pendedahan berkaitan teknologi Internet of Things (IoT). Selain itu, sesi soalan jawab dan beberapa aktiviti selingan juga turut diadakan sepanjang perkongsian tersebut. Para pelajar telah diberi pendedahan bekenaan kepentingan IoT selain teknologi robotik dan dron.

Lawatan penanda aras ini diharapkan dapat memberi ilmu dan kemahiran baharu kepada para pelajar KVSP disamping dapat mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak UUM dan KVSP.