NEWS

School of Computing

LAWATAN MUHIBAH DARI UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH JAKARTA

 

iasdonews02112023

 

By: Nurul Izzah Ghozali & Dr. Nur Suhaili Mansor

November 1, 2023- Institute for Advanced and Smart Digital Opportunities (IASDO) telah menerima kunjungan istimewa daripada wakil Universitas Muhammadiyah Jakarta (UMJ). Lawatan muhibah ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama akademik antara kedua-dua institusi dalam bidang pendidikan dan penyelidikan. Dalam lawatan ini, Dr. Pipit Novita, wakil UMJ telah diberi peluang untuk berbincang dengan pengarah dan timbalan pengarah IASDO SOC UUM, iaitu Dr. Hapini Awang dan Dr. Nur Suhaili Mansor. Mereka telah berbincang mengenai pelbagai isu berkaitan dengan pendidikan, penyelidikan, dan perkembangan masyarakat. Kerjasama antara kedua-dua universiti ini dijangka akan membawa manfaat besar kepada pelajar dan penyelidik dari kedua-dua negara, serta menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan dan pemahaman antara budaya yang berbeza. Lawatan muhibah ini merupakan langkah penting dalam memperkukuhkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia dalam bidang penyelidikan berkaitan ‘e-learning’ dan pengabdian masyarakat.