NEWS

School of Computing

PERBINCANGAN PENYELIDIKAN DAN PERSIDANGAN FAKULTI DI UNIVERSITAS KOMPUTER INDONESIA, BANDUNG

 

iasdounikom

 

Pada Julai 21 2023, Dua penyelidik dari IASDO UUM, Dr. Hapini Awang dan Dr. Suhaili Mansor telah mengadakan perbincangan penyelidikan bersama beberapa penyelidik dari UNIKOM Indonesia iaitu, Alif Finandhita, Dr. Hanhan Maulana, Richi Dwi Agustia, dan Sufa'atin. Perbincangan penyelidikan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan UUM dan UNIKOM untuk memupuk kerjasama akademik dan penyelidikan antara kedua-dua institusi terlibat, bagi memajukan ilmu pengetahuan, serta menyumbang kepada kemajuan komuniti secara meluaas. Manakala, pada Julai 22 2023 iaitu hari kedua, UNIKOM Indonesia telah menganjurkan satu persidangan fakulti bertajuk "Unleashing the Power of AI: Transforming Raw Data Analysis from Agencies and Industries," yang telah dihadiri oleh penyelidik-penyelidik dari UUM, iaitu Dr. Hapini Awang, Gs. Dr. Nur Suhaili Mansor dan Prof. Madya Ts. Dr. Nor Hazlyna Harun dari IASDO, serta Prof. Madya Ts. Dr. Mohamad Ghozali Hassan dari STML. Persidangan tersebut mengkaji potensi kecerdasan buatan (AI) dalam analisis data, memupuk pertukaran ilmu pengetahuan, dan membincangkan aplikasi praktikal dalam pelbagai industri. Ucapan pembukaan persidangan ini disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Herman S. Soegato, iaitu dekan FTIK UNIKOM dan Pensyarah UNIKOM, Ednawati Rainarli, menjadi moderator perbincangan yang membawa kepada prospek optimistik bagi kerjasama masa depan dan kemajuan dalam penyelidikan dan aplikasi AI. Persidangan ini menunjukkan komitmen kedua-dua institusi untuk kekal berada di hadapan dalam kemajuan teknologi dan kerjasama akademik.

Oleh:
Nur Suhaili Mansor & Hapini Awang