NEWS

School of Computing

SOC CABAR STAF DALAM PROGRAM 10,000 LANGKAH

 

Gambar Berita SOC Cabar Staf Dalam Program 10000 Langkah

 

Sintok, 6 Julai 2023.

Pusat Pengajian Pengkomputeran, UUM CAS melalui Kelab Kebajikan Staf SOC telah menganjurkan Program Cabaran 10,000 langkah baharu-baharu ini. Program ini telah disertai oleh staf akademik dan staf pentadbiran SOC.

Menurut Prof. Dr. Osman Ghazali, Dekan SOC dan merangkap Penolong Naib Canselor UUMCAS “Program seperti ini akan diteruskan malah dipelbagaikan aktiviti riadah bagi memastikan kesihatan staf SOC sentiasa dalam keadaan terbaik”. Kesihatan merupakan anugerah yang perlu sentiasa dijaga dan disyukuri oleh setiap insan terutama yang bergelar seorang muslim.

Selain itu, menurut Prof. Madya Ts. Dr. Mohamad Fadli Zolkipli, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni SOC “Aktiviti riadah ini juga dapat memberikan peluang kepada staf untuk keluar menikmati kehijauan kampus Sintok disamping melupakan sebentar tugasan”.

Program ini turut menyokong agenda Perancangan Strategik Universiti melalui Teras 5 (T5D2LI0) iaitu ‘Number of Wellness Programmes’ yang dilaksanakan untuk semua staf di Pusat Pengajian Pengkomputeran bagi tahun 2023.