NEWS

School of Computing

222 PELAJAR SOC TERIMA SIJIL ANUGERAH DEKAN

 

newsanugdekan

 

Seramai 222 pelajar Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) telah diraikan dalam Majlis Anugerah Dekan Semester Pertama (A221) di Dewan Seminar CAS, baru-baru ini.

Kesemua pelajar tersebut merupakan penerima Sijil Anugerah Dekan pada sesi kali ini terdiri daripada 168 pelajar program Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Maklumat) dan 54 orang pelajar bagi program Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer.

Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) SOC, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hasbullah Omar berkata, majlis ini adalah bagi menghargai dan mengiktiraf pelajar yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang pada semester berkenaan.

Menurutnya, pencapaian pelajar pada hari ini diharapkan berterusan sehingga semester akhir dan bukan hanya pada satu semester sahaja sepanjang tempoh pengajian mereka di UUM.

“Saya juga berharap dan menggalakkan mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi lagi selepas tamat pengajian peringkat sarjana muda,” ujar beliau yang mewakili Dekan SOC.

Penganjuran Majlis Anugerah Sijil Dekan ini telah diuruskan sepenuhnya oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) SOC dan Kelab I-Tech SOC sebagai pendedahan kepada mereka untuk menguruskan program atau acara di peringkat pusat pengajian.

Selain itu, dapat memberikan keyakinan kepada pelajar dalam menghadapi cabaran di alam pekerjaan di masa hadapan.