NEWS

School of Computing

MCMC-UUM MakerSpace Meneroka Pertanian Pintar

2 Februari 2023 - Makmal penyelidikan MCMC-UUM MakerSpace, Pusat Pengajian Pengkomputeran, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah bekerjasama dengan Sekolah Kebangsaan Telaga Emas, Pokok Sena untuk menjalankan projek pertanian pintar di sekolah berkenaan. Usaha ini adalah untuk membantu pihak sekolah mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan menerapkan kemahiran hidup melalui aktiviti praktikal di luar kelas, selain meneroka potensi sistem pintar dalam pertanian.

Justeru, pensyarah dan penyelidik makmal penyelidikan MCMC-UUM MakerSpace telah mencipta inovasi dengan membangunkan aplikasi yang dapat melakukan proses pembajaan dan siraman tanaman melalui telefon pintar. Inovasi Internet Kebendaan (IoT) ini telah dilaksanakan oleh murid tahap dua yang mengusahakan tanaman terung, cili, sawi dan bendi. Teknologi ini menggunakan alatan sensor untuk memastikan tanaman kekal subur tanpa perlu memantau di lapangan setiap hari. Secara tidak langsung ia meningkatkan kecekapan dalam aktiviti pertanian serta menjimatkan masa. Selain itu, projek inovasi ini juga sejajar dengan halatuju bidang penyelidikan SOC iaitu membina kesejahteraan masyarakat melalui penggunaan teknologi digital yang mana manfaat aplikasi ini beruapaya membantu masyarakat menjalankan aktiviti pertanian dengan mudah.

Guru Besar, Puan Farahida Omar menjelaskan aktiviti ini sebagai inovasi yang sangat baik untuk memastikan tanaman sentiasa terjaga kerana murid-murid tidak perlu mengambil masa yang lama untuk melakukan aktiviti menyiram dan membaja sayuran berkenaan. Selain itu, program ini melibatkan pembangunan peralatan keperluan pertanian yang dihasilkan sendiri menggunakan barangan sedia ada atau dikitar semula. Projek ini diketuai oleh En. Suwannit Chareen Chit dan disertai oleh En. Ahmad Hanis Ahmad Shabli, penyelidik di makmal penyelidikan MCMC-UUM MakerSpace. Projek ini juga melibatkan lima orang mahasiswa yang sedang mengikuti program Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan kepujian.

[Embed videos]

https://www.facebook.com/BuletinTV9/videos/1275508586678869/
https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/videos/529815039266274/

[Embed news]

https://uumtoday.com/news/pertanian-pintar-menggunakan-teknologi-internet-kebendaan-iot-diperkenalkan/
https://dewankosmik.jendeladbp.my/2023/02/13/5694/
https://sinarbestari.sinarharian.com.my/my-ipt/makmal-mcmc-uum-bangunkan-aplikasi-iot-untuk-warga-sekolah-sk-telaga-mas/news