NEWS

School of Computing

HARI KELUARGA PUSAT PENGAJIAN PENGKOMPUTERAN DISAMBUT MERIAH

 

FamilyDayNews

 

Pada 24 September 2022 (Sabtu), Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) telah mengadakan Hari Keluarga @ Family Day. Kali terakhir pihak SOC mengadakan Hari Keluarga ini adalah pada tahun 2014. Hari keluarga ini telah dirasmikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mazni Omar, Penolong Naib Canselor UUM CAS. Program ini telah diadakan di Padang Hoki 2, Pusat Sukan UUM.

Pelbagai acara yang dijalankan antaranya senamrobik, pertandingan mewarna, boling kelapa, lontaran kasih, tarik tali, pertandingan memasak selain itu cabutan bertuah.

Matlamat Hari Keluarga SOC diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silatulrahim antara staf mahupun para pelajar pascasiswazah di SOC termasuk staf MyMohes KPT. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga serta para pesara SOC.

Keceriaan para hadirin dapat dirasai sepanjang program berlangsung.