NEWS

School of Computing

SOC BERSAMA PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA UNIVERSITI

 

Gotong Royong Perdana SOC

Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah telah melancarkan Program Gotong Royong Perdana Universiti pada 14 Jun 2022(Selasa) yang lalu. Program ini juga yang akan dijadikan aktiviti bulanan peringkat universiti katanya.

Selain melibatkan semua staf SOC, turut bersama-sama adalah kalangan para pelajar program dibawah SOC yang terdiri daripada para pelajar antarabangsa.

“Program ini dapat mengeratkan hubungan diantara pelajar dan penjawat SOC seperti program khidmat kemasyarakatan gotong royong ini. Disamping juga dapat memastikan persekitaran bangunan SOC sentiasa dalam keadaan bersih, selamat dan terbaik kepada pengguna terutama untuk pelajar.

Keringanan tangan dan tidak berkira adalah merupakan sikap dikalangan setiap staf SOC dan menjadikan program seperti gotong royong ini dapat berlangsung mudah dan mencapai yang ditetapkan.