NEWS

School of Computing

PROGRAM PERKONGSIAN ILMU BERSAMA PUSAT PENGALAMAN DIGITAL (CDX) BANK ISLAM

 

Perkongsian Ilmu

 
PROGRAM PERKONGSIAN ILMU BERSAMA PUSAT PENGALAMAN DIGITAL (CDX) BANK ISLAM : PENGURUSAN RISIKO DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT - TINJAUAN KESELURUHAN DAN PROSPEK KERJAYA
 
Disediakan oleh: PM Dr Mazida Ahmad
 
Pada 27 Januari 2022 (Khamis), satu program perkongsian ilmu bersama Pusat Pengalaman Digital (CDX) Bank Islam telah berjaya diadakan hasil kerjasama Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC). Program yang dilaksanakan secara dalam talian menerusi platform Webex ini telah disertai oleh kira-kira 40 orang peserta, yang terdiri daripada pelajar Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Teknologi Maklumat).
Program kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar dimana sesi interaktif dapat dilihat sepanjang program berlangsung. Walaupun sesi perkongsian ini agak singkat, para pelajar masih dapat menimba ilmu yang berguna daripada pengalaman Encik Norismalzaidee semasa beliau menjalankan tugas. Selain pengalaman, beliau juga ada berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan dan cara bagaimana untuk menjadi seorang pengurus teknologi maklumat yang baik dan mengikut kehendak industri.
Perkongsian ilmu ini diakhiri dengan sesi soal jawab dimana para pelajar sempat bertanya beberapa soalan. Beliau menyambut soalan pelajar dengan baik dan menerangkan dengan penuh teliti dan berinformasi. Diakhir majlis, semua peserta sempat bergambar sebagai kenangan.