NEWS

School of Computing

KEAKRABAN, KECERIAAN DAN KERJASAMA KUNCI KEJAYAAN SOC

 

WhatsApp Image 2022 02 23 at 24825 PM

Oleh: Zaiful Izwan Ibrahim
Gambar oleh: Abu Mansor Arifin

 

UUM ONLINE: Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) antara pusat pengajian terbaik di UUM yang berjaya mencapai dan mengekalkan petunjuk prestasi utama (KPI) tertinggi untuk tempoh beberapa tahun ini.

Bagi menghargai sumbangan dan meraikan kecemerlangan warga SOC, Majlis Apresiasi Soc 2021 dan Penyerahan Tugas Penjawat Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) telah berlangsung di Dewan Angsana EDC Hotel.

Majlis yang dihadiri Kira-kira 70 staf dimulakan dengan sesi penyerahan tugas mantan Dekan Pusat Pengajian oleh Prof. Dr. Huda Ibrahim kepada Prof. Madya Ts. Dr. Azham Hussain diikuti oleh Timbalan Dekan, Ketua_Ketua Jabatan dan Penyelaras-Penyelaras Program yang turut di saksikan oleh Penolong Naib Canselor UUM CAS, Prof. Madya Dr. Mazni Omar.

Dekan, Prof. Madya Ts. Dr. Azham Hussain menyeru agar semua staf SOC memberikan kerjasama dan sokongan padu bagi mengekalkan prestasi cemerlang SOC sebagai salah satu pusat pengajian yang terbaik bagi tahun 2022.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih pusat pengajian kepada mantan penjawat SOC 2021 yang telah menempa pelbagai kejayaan sepanjang tahun lalu di bawah teraju Prof. Dr. Huda Haji Ibrahim.

“Saya berharap agar kerjasama erat antara warga SOC dapat diteruskan dan bersama-sama meningkatkan produktiviti masing-masing untuk mengekalkan kejayaan ini,” ucapnya.

Majlis turut meraikan warga SOC dengan penyampaian anugerah kepada staf yang telah memberikan sumbangan dan perkhidmatan yang cemerlang pada 2021.

Sebanyak 38 Anugerah disampaikan antaranya Anugerah Budi Dikenang, Anugerah Jawatankuasa Jaringan industri & komuniti, Anugerah Setia Berkhidmat, Anugerah Ikon Popular (Wanita), Anugerah Ikon Popular (Lelaki), Anugerah Keterampilan, Anugerah Staf Sokongan Terbaik, Anugerah E-portfolio Terbaik, Penglibatan Masyarakat dan Industri Terbaik, Pendaftaran Harta Intelek(PATEN), Anugerah Pengajaran Terbaik, Anugerah Perekacipta, Anugerah Penulis (h-index tertinggi), Anugerah Penyelia Terbaik, Anugerah Penyelidik Terbaik, dan Anugerah ProAKTIF.