NEWS

School of Computing

PROGRAM MENCARI BINTANG 2021

Program Mencari Bintang 2021 adalah sebahagian agenda GAGAH UUM 2021-2025 yang akan memacu hala tuju penyelidikan, penerbitan, perundingan, pengkomersialan, hubungan industri dan komuniti, prasarana fizikal dan perkhidmatan.

Gagasan yang diinspirasikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah itu adalah untuk menyokong Univibe Initiative (University Visibility Enhancement) yang mana memberi penekanan terhadap penghargaan di atas usaha warga akademik, pentadbiran dan sokongan yang terlibat.