NEWS

School of Computing

300 PELAJAR SOC SEMESTER A201 TERIMA ANUGERAH SIJIL DEKAN

 

08 OGOS 2021, AHAD | 29 ZULHIJJAH 1442H

Tanggal 15 Julai 2021 merupakan detik bersejarah bagi 377 orang pelajar Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) yang menerima anugerah Sijil Dekan bagi Semester A201, Sesi 2020/2021. Majlis yang diadakan secara atas talian melalui aplikasi Webex ini dihadiri semua pelajar terlibat serta kakitangan akademik SOC sendiri. Ini merupakan kali kedua pihak SOC mengadakan majlis sebegini secara atas talian.

Picture1 3 2

 Walaupun ketika pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia termasuk Malaysia, SOC tetap meraikan pelajar-pelajar mereka yang cemerlang bagi memberikan motivasi untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih baik pada semester seterusnya.

Majlis ini di sempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Osman Ghazali, Timbalan Dekan yang mewakili Dekan Pusat Pengajian Pengkomputeran. Dalam ucapan aluan, beliau turut menasihatkan para pelajar untuk terus meningkatkan kecemerlangan akademik masing-masing dan perlu menghubungi serta berbincang dengan pensyarah sekiranya terdapat masalah berkenaan pembelajaran. Beliau juga meminta pelajar sentiasa mematuhi SOP dan penjagaan diri ketika berada di rumah bagi mengelakkan dijangkiti Covid-19.

Prof. Madya Dr. Osman juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua staf yang terlibat dalam menjayakan majlis ini termasuklah pihak Majlis Perwakilan Pelajar sendiri.