NEWS

School of Computing

PELUANG MENIMBA ILMU BERSAMA SYARIKAT TERKENAL, DREAMEDGE SDN. BHD.

 

ENGLISH

 

25 JULAI 2021, AHAD | 15 ZULHIJAH 1442H

SINTOK: Tiga orang pelajar jurusan B.Sc. IT dari Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) telah terpilih bagi menjalani latihan praktikum di salah sebuah syarikat yang pesat membangun dengan inovasi kejuruteraan Industrial Revolution 4.0 (IR4.0) di Cyberjaya, Selangor. Syarikat tersebut yang mempunyai kerjasama dengan UUM, DreamEDGE Sdn. Bhd. menawarkan penempatan bagi menimba pengalaman baru kepada pelajar dalam bidang inovasi kejuruteraan bagi menjalani latihan praktikum.

Apa yang menarik, syarikat berstatus Bumiputera ini memberi tumpuan kepada beberapa bidang seperti inovasi produk, proses perniagaan dan perkhidmatan. Syarikat ini juga adalah berstatus syarikat penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan yang diiktiraf oleh Malaysian Investment Development Authority (MIDA). DreamEDGE merupakan sebuah syarikat utama yang menawarkan perkhidmatan kejuruteraan digital, pembangunan teknologi berasaskan inovasi, hub pengetahuan, karya kreatif dan produksi media kepada syarikat-syarikat seperti automotif, industri berat, elektronik, pertahanan, sumber tenaga dan perkakasan reka bentuk.

Selepas melalui proses temuduga secara atas talian yang dikendalikan sendiri oleh CEO DreamEDGE, Datuk Khairil Adri Adnan, tiga orang pelajar telah berjaya dipilih. Mereka ialah Nurul Irwa Nazira Kamal (CGPA 3.48), Anis Sofie Mahizan (CGPA 3.84) dan Ainin Sofia Osman (CGPA 3.36) yang telah ditawarkan peluang tersebut bermula 13 September 2021 selama enam bulan.

 Praktikum DreamEDGE

 

Pelajar-pelajar tersebut akan menjalani sesi temuduga kedua bagi menetapkan bahagian syarikat yang bersesuaian dengan skop tugas pekerjaan mereka. Hal ini bertujuan bagi mendedahkan mereka kepada persekitaran pekerjaan yang sebenar di samping menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diperlukan selepas tamat tempoh praktikum. Praktikum ini akan membolehkan ketiga-tiga pelajar ini berinteraksi dan mengamalkan budaya kerja berpasukan serta persaingan yang sihat.

Melahirkan rasa syukur, Dekan SOC Prof Dr Huda binti Ibrahim berharap pelajar-pelajar bertuah yang terpilih ini dapat mempamerkan moral serta semangat ingin belajar yang tinggi serta sentiasa menjaga imej baik Pusat Pengajian Pengkomputeran dan UUM setiap masa. Beliau juga berharap Pusat Pengajian dapat menjalinkan lebih banyak kerjasama dalam bidang tertentu di masa akan datang dengan DreamEDGE Sdn. Bhd.

JK Praktikum
SOC, CAS UUM
Julai 2021

 


 

OPPORTUNITY TO GAIN KNOWLEDGE WITH A FAMOUS COMPANY, DREAMEDGE SDN. BHD.

 

25 JULY 2021, SUNDAY | 15 ZULHIJAH 1442H

SINTOK: Three students of B.Sc. IT from School of Computing (SOC) have been selected to undergo a practicum training at one of the leading innovation engineering companies related to Industrial Revolution 4.0 (IR4.0) at Cyberjaya, Selangor. The company which has a strategic partnership with UUM offers practicum placements for students to gain new working experiences in related fields.

An interesting fact to note is that this company is a Bumiputera company that focuses on specified areas from product and process innovation to business and service innovations. This company also has developed its local Research and Development (R&D) status company, recognized by Malaysian Investment Development Authority (MIDA). The services offered by the company are engineering, technology development, knowledge hub, creative work, and media production. DreamEDGE is one of the premier engineering services solution providers offering value added digital engineering services to other companies such as automotive, heavy industries, electronics, engineering, defence, and tooling design.

After completing the online interview handled by the company’s CEO, Datuk Khairil Adri Adnan, three students successfully secured their practicum placements. The students are Nurul Irwa Nazira Kamal (CGPA 3.48), Anis Sofie Mahizan (CGPA 3.84) and Ainin Sofia Osman (CGPA 3.36), who will starti their training from 13 September 2021 for six months period.

The students will undergo a second session of interview to determine which department that best suits the students’ working scope. This is done to expose them to the real working environment. Besides that, this opportunity enables them to gain knowledge and experience needed once they venture into the working life. It also provides them with meaningful interaction within the working environment as well as practicing good teamwork with fellow colleagues.

Expressing her gratitude, Dean of SOC, Prof. Dr. Huda Ibrahim hopes that these fortunate students will be able to portray good morale and their inquisitive spirit. They need to always observe SOC and the University’s good name. She foresees more collaborations and smart partnerships with DreamEDGE Sdn. Bhd in the future.

JK Praktikum
SOC, CAS UUM
July 2021