All demo content is for sample purposes only, intended to represent a live site. All content images are licensed from their respective sources for exclusive use on this demo only.

Tuesday 26 September 2017

jamuan raya2017

11 Julai 2017/ 17 Syawwal 1438H

UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

YBhg. Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Datin/Y.Brs. Prof/Dr/Tuan/Puan

MAJLIS SILATURRAHIM AIDILFITRI SOC MERIAH

Sambutan majlis silaturrahim Aidilfitri Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) semalam begitu meriah sekali. Kerjasama dikalangan semua staf telah berjaya menyediakan pelbagai juadah yang menarik dan ini membuktikan bahawa wujudnya hubungan yang erat di Pusat Pengajian ini.
Dekan Pusat Pengajian Pengkomputeran, Prof. Madya Dr Huda Hj Ibrahim dalam ucapan aluannya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sumbangan dan sokongan dari semua warga SOC dalam menjayakan sambutan aidilfitri bagi tahun 2017 ini. Beliau berharap kerjasama sebegini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan .

Majlis yang di adakan di foyer SOC ini turut dihadiri oleh Yang Berusaha Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) , Prof. Madya Dr. Abdul Malek Hj Abd. Karim , Dekan-dekan Pusat Pengajian, Ketua-Ketua PTJ dan seluruh warga kerja SOC serta UUMCAS termasuklah pelajar-pelajar Siswazah.