All demo content is for sample purposes only, intended to represent a live site. All content images are licensed from their respective sources for exclusive use on this demo only.

Tuesday 26 September 2017

iftar soc2017

20 Jun 2017/25 Ramadhan 1438H

UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

YBhg. Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Datin/Y.Brs. Prof/Dr/Tuan/Puan

MAJLIS IFTAR JAMA’IE SOC MERIAH


SOC ONLINE: Pusat Pengajian Pengkomputeran, telah menganjurkan Majlis Iftar Jama’ie (Berbuka Puasa) pada 15 Jun 2017 bertempat di Foyer Bangunan SOC. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan staf pusat pengajian di samping mengimarahkan ibadah berbuka puasa bersama. Seramai 150 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga staf Pusat Pengajian Pengkomputeran, pelajar tahfiz dari Taman Tunku Sarina, Jitra turut diraikan dalam majlis ini.

Dekan Pusat Pengajian Pengkomputeran, Prof. Madya Dr. Huda Hj. Ibrahim dalam ucapan aluannya melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Kelab Kebajikan Pusat Pengajian Pengkomputeran kerana berjaya menganjurkan majlis ini secara gotong royong sesama staf. Menurut beliau lagi program seumpama ini perlu diteruskan lagi dari semasa ke semasa bagi memperkukuhkan ikatan silaturahim dan ukhwah bukan hanya dikalangan staf semata-mata malah mencakupi ahli keluarga. Program memasak yang dimulakan sejak pagi telah memperlihatkan hubungan yang erat dikalangan staf SOC.

Sebelum majlis berbuka puasa, satu tazkirah ringkas telah disampaikan oleh Ustaz Rafaai Mohamad dan solat Maghrib secara berjemaah selepas itu.

Pada majlis ini juga, sumbangan ‘Boxes of Ramadan’ telah diberikan kepada beberapa orang staf UPSB . Turut hadir bagi memeriahkan majlis Iftar ini adalah staf dari Awang Had Salleh Graduate School (AHSGS) dan Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni (PPA CAS).