All demo content is for sample purposes only, intended to represent a live site. All content images are licensed from their respective sources for exclusive use on this demo only.

Sabtu 15 Disember 2018

MAJLIS ANUGERAH SIJIL DEKAN BAGI SEMESTER A172

anugerah dekan 27 nov 2018

SOC ONLINE: Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) telah mengadakan majlis Anugerah Sijil Dekan kepada 127 orang pelajar yang cemerlang bagi semester kedua Sesi 2017/2018 (A172) pada 27 November 2018.

Majlis penyampaian sijil berkenaan disempurnakan oleh Prof. Dr. Huda Hj. Ibrahim, Dekan Pusat Pengajian Pengkomputeran di Auditorium CAS. Beliau dalam ucapannya memberikan nasihat dan motivasi kepada pelajar yang terlibat agar terus berusaha dengan lebih cemerlang bukan sahaja akademik malah kegiatan kokurikum. Pelajar juga diminta menghormati para pensyarah yang telah membimbing mereka sepanjang menimba ilmu di UUM khususnya di SOC ini.

Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Dekan, Ketua Jabatan,Penyelaras dan juga Pensyarah-Pensyarah Pusat Pengajian Pengkomputeran.