All demo content is for sample purposes only, intended to represent a live site. All content images are licensed from their respective sources for exclusive use on this demo only.

Sabtu 15 Disember 2018

ranked sains komputer 02122018

SUBJEK SAINS KOMPUTER UUM TERSENARAI 601+ DALAM TIMES HIGHER EDUCATION WORLD UNIVERSITY RANKINGS BY SUBJECT 2019

UUM ONLINE:  Universiti Utara Malaysia (UUM) sekali lagi mencipta sejarah apabila subjek Sains Komputer (Computer Science) menjadi subjek terbaharu disenaraikan dalam Times Higher Education World University Rankings by Subject 2019.

Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, keputusan terkini yang dikeluarkan pada 29 November secara tidak langsung meletakkan UUM di kedudukan 601+ universiti terbaik dunia bagi subjek tersebut.

"Ini adalah satu pencapaian membanggakan bagi universiti dan pencapaian ini harus dipertingkatkan dan dikekalkan lagi, tambahan pula untuk disenaraikan bagi subjek ini, sesebuah universiti perlu menghasilkan sekurang-kurangnya 500 penerbitan berindeks SCOPUS untuk tempoh lima tahun serta mempunyai sekurang-kurangnya 1 peratus atau 20 orang staf akademik.

"Saya berharap lebih banyak subjek di UUM yang turut akan disenaraikan dalam Times Higher Education World University Rankings by Subject yang mana ia sekali gus akan meningkatkan reputasi universiti di mata dunia," katanya.

Times Higher Education Computer Science Subject Ranking 2019 mengguna pakai 13 indikator yang dikategorikan dalam lima kategori utama iaitu Teaching: the learning environment (30%), Research: volume, income and reputation (30%), Citations: research influence (27.5%), International outlook: staff, students and research (7.5%), dan Industry income: innovation (5%).

Keseluruhan, lima subject UUM tersenarai dalam Times Higher Education World University Rankings by Subject 2019 iaitu Business and Economics (Business and Management, Accounting and Finanace dan Economics and Econometrics), Social Sciences (Geography, Sociology, Communication and Media Studies dan Politics and International Studies (Including Development Studies), Arts and Humanities (Languages, Literature and Linguistics, Art, Performing Arts and Design dan History, Philosophy and Theology), Physical Sciences (Mathematics and Statistics) dan Computer Science.

Times Higher Education World University Rankings by Subject menyenaraikan 11 subjek dalam mengukur kecemerlangan universiti.

Keputusan penuh Times Higher Education World University Rankings boleh dicapai melalui laman sesawang
https://www.timeshighereducation.com/world-university-rankings/by-subject