All demo content is for sample purposes only, intended to represent a live site. All content images are licensed from their respective sources for exclusive use on this demo only.

Sabtu 15 Disember 2018

Dunia ICT Akan Terus Berkembang Dan Tidak Akan Berakhir

dunia ict berkembang soc cas 29112018

UUM ONLINE: Berpengalaman menerajui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Telekom Malaysia Berhad (TM), Prof. Tan Sri Dr. Halim Shafie telah berkongsi ilmu dan pengalaman beliau tentang dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menerusi Syarahan Profesor Adjung Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) bertajuk ICT - A Personal Journey di Auditorium UUM CAS, semalam.

Dalam sesi selama lebih satu jam itu, beliau menerangkan tentang transformasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dari tahun 1985 hingga 2018 yang mengalami perkembangan pesat mengikut peredaran zaman.

Prof. Tan Sri Dr. Halim telah menjelaskan perkembangan teknologi mulai tahun 1985 hingga kini mengikut jenis skrin/peranti, rangkaian/pengkomputeran dan kandungan/aplikasi bermula dari era penggunaan komputer model SANYO MBC 555 hingga ke penggunaan telefon pintar seperti model Samsung, Huawei dan Apple.

Pada sesi tersebut, beliau menerangkan juga tentang Pusat Internet Komuniti Dashboard (Dashboard Pi) yang merupakan satu aplikasi khas yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat di sekitar Pusat Internet (Pi).

Katanya, terdapat aplikasi dalam Dashboard Pi seperti MyHealth, MyShop dan S.A.I.F.O.N (Keselamatan dan Persekitaran).

"Dashboard Pi ini menyediakan pengisian kandungan maklumat dan memberi kebaikan kepada komuniti seperti menjadi tempat proses jual beli barangan secara atas talian dan menyediakan tempat pemeriksaan tahap kesihatan komuniti setempat.

"Kini, dunia teknologi akan terus berkembang sehingga ke generasi ketujuh yang akan menggunakan LiFi (Light Fidelity), malah media baharu dan analisis akan terus berkembang dan menjadi kitaran yang tidak akan berakhir," katanya.

Tambah beliau, perkembangan ICT itu juga akan meninggalkan implikasi kepada organisasi dan kerajaan dari aspek integriti dan akauntabiliti, keperluan penglibatan dengan pelanggan dan dan warganegara serta keperluan dalam pembelajaran individu dan organisasi.