All demo content is for sample purposes only, intended to represent a live site. All content images are licensed from their respective sources for exclusive use on this demo only.

Ahad 21 Oktober 2018

bengkel 10092018

Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) telah menganjurkan Bengkel Penerbitan Chapter in Book Malaysian Internet Governance Forum pada 15 Ogos 2018  di EDC Hotels & Resorts, Sintok yang lalu.

Bengkel ini susulan kejayaan SOC menganjurkan 2nd Malaysian Internet Governance Forum (MYIGF 2017) pada  Oktober 2017 bertujuan untuk menerbitkan satu buku yang mempunyai 10 chapter berkaitan dengan hasil diskusi forum berkenaan. Peserta bengkel terlibat adalah ahli jawatankuasa MYIGF 2017 yang terlibat secara langsung dalam forum tersebut.

Isu yang dibincangkan dalam forum tersebut berkisarkan tentang dasar awam yang berkaitan dengan tadbir urus Internet dengan menfokuskan kepada ekonomi digital. Cyber Security - Enabling Digital Trust in Malaysia dan Trusted Digital Economy dipilih sebagai tajuk forum yang menggabungkan tenaga pakar pemegang taruh dan penggiat aktif dalam keselamatan siber negara seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), CyberSecurity Malaysia (CSM), Majlis Profesor Negara (MPN), Penasihat Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), MyEG Services Berhad, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM).