All demo content is for sample purposes only, intended to represent a live site. All content images are licensed from their respective sources for exclusive use on this demo only.

Sabtu 15 Disember 2018

taklimat pelajar baru 10092018

SOC ONLINE. 04 September 2018 merupakan hari bersejarah bagi pelajar-pelajar baru UUM Semester 1, Sesi 2018/2019 mendaftar diri di Universiti Utara Malaysia. Maka akan bermulalah satu pengalaman baru kepada pelajar-pelajar  ini meneroka ilmu di menara gading.

Antara aktiviti dalam Minggu Suaikenal 2018/2019 ini, salah satunya adalah program bersama Pusat Pengajian. Program yang berlangsung pada 5 September 2018 ini merupakan satu sesi yang baik bagi menjelaskan tentang proses akademik untuk para pelajar baru program Sarjana muda Sains Teknologi Maklumat (BSc.IT). Taklimat akademik ini di sampaikan oleh Dr. Mohd. Khairuddin Kasiran, Ketua Jabatan Sains maklumat.

Terdahulu  Dekan Pusat Pengajian Pengkomputeran, Prof. Dr. Huda Hj Ibrahim telah memberikan ucapan dan mengalu-alukan kedatangan pelajar baru ke Pusat Pengajian Pengkomputeran. Beberapa nasihat dan motivasi telah sampaikan kepada para pelajar ini. Program ini turut di hadiri oleh Ketua Jabatan, Penyelaras Program dan juga para pensyarah Pusat Pengajian Pengkomputeran. 

Pada sebelah petangnya  program di teruskan lagi iaitu bersama Alumni SOC.  En.  Ainol Azreen Abd. Wahab telah berkongsi pengalaman beliau semasa menjadi pelajar di Pusat Pengajian Pengkomputeran ini dan memberikan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan untuk menjadi pelajar cemerlang dan bagaimana menjalani kehidupan yang lebih ceria di kampus UUM yang permai ini.

Pelajar-pelajar baru ini akan mengikuti Minggu Suaikenal sehingga 7 September 2018 sebelum mereka menghadiri kuliah yang pertama selepas itu.