All demo content is for sample purposes only, intended to represent a live site. All content images are licensed from their respective sources for exclusive use on this demo only.

Sabtu 15 Disember 2018

DANA RM100,000 SKMM BANGUNKAN MAKMAL MAKERSPACE UUM

dana 100 ribu 23052018

UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini telah menerima dana sebanyak RM100,000 daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi membangunkan Makmal Makerspace di universiti ini.

 Penyerahan cek dana berkenaan disempurnakan Ketua Bahagian Teknologi dan Masyarakat SKMM, Aisharuddin Nuruddin kepada Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak di Bilik Seri Delima, petang tadi.

Agihan dana tersebut akan dibuat secara berperingkat dan UUM menerima bayaran pertama sebanyak RM50,000 sahaja.

Naib Canselor berkata, sumbangan SKMM untuk Pusat Pengajian Pengkomputeran (SoC) itu diyakini akan lebih memberi manfaat kepada hubungan antara UUM dan SKMM.

Menurutnya, dengan adanya Makmal Makerspace itu, warga universiti khususnya pelajar UUM bukan sahaja dapat mempelajari secara teori integrasi perisian dan perkakasan, malah dapat membina model prototaip secara nyata idea projek yang difikirkan.

“Sekarang UUM menerusi SoC sedang bekerjasama dengan Unit Fisioterapi, Hospital Sultanah Bahiyah untuk membina prototaip Smart Physiotherapy Map.

“Dengan adanya makmal ini, pembangunan prototaip dapat dibangunkan dengan lebih baik dan cepat pada masa hadapan,” katanya.

Tambah beliau lagi, SoC juga telah mengadakan perbincangan awal dengan Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu untuk mengadakan kursus kepada tenaga pengajar bagi meningkatkan pengetahuan guru agar dapat memberi pendedahan teknologi terkini kepada pelajar.

Sementara itu, Aisharuddin berkata, dengan peruntukan dana diberikan kepada UUM itu diharap dapat membina ‘human capital’ yang berdaya maju dan berdaya saing untuk menghadapi dunia ‘Internet of Things’ (IOT) itu.

Katanya, untuk mengembangkan internet dalam kalangan masyarakat, mereka perlu diyakinkan.

“Justeru, kerjasama SKMM dengan universiti awam terlibat termasuk UUM diharap dapat membantu menerapkan IOT dalam kalangan rakyat dan membantu memudahkan untuk pencarian maklumat dan pengumpulan data dengan cara positif,” ujarnya.