All demo content is for sample purposes only, intended to represent a live site. All content images are licensed from their respective sources for exclusive use on this demo only.

Ahad 21 Oktober 2018

KUNJUNGAN DARI BA SCHOOL OF BUSINESS AND FINANCE, LATVIA

 

lawatan latvia 07062018b

SOC ONLINE. Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) telah menerima kunjungan dari BA School of Business and Finance, Latvia pada 05 Jun 2018. Delegasi tersebut diketuai oleh Andris Natrins, Naib Rektor (Penyelidikan dan Pembangunan) bersama Andris Fomins dan Ennata Kivrina bagi membincangkan peluang kerjasama yang boleh diwujudkan antara kedua-dua pihak terutamanya yang melibatkan kerjasama projek penyelidikan dan saintifik dalam bidang berkaitan, penganjuran persidangan, mobiliti staf dan pelajar.

Ketibaan mereka telah disambut oleh penjawat SOC dan satu sesi taklimat mengenai SOC telah dibuat oleh Dr. Mohd. Hasbullah Omar, Ketua Jabatan Sains Komputer sebelum perbincangan lanjut dijalankan. Turut hadiri pada perbincangan ini adalah Penyelaras-Penyelaras di Pusat Pengajian Pengkomputeran.