All demo content is for sample purposes only, intended to represent a live site. All content images are licensed from their respective sources for exclusive use on this demo only.

Ahad 21 Oktober 2018

KERJASAMA UUM DENGAN KERAJAAN IRAQ

Pihak UUM telah mengadakan satu perbincangan mengenai peluang-peluang kerjasama pendidikan tinggi bersama Kerajaan Iraq di Kedutaan Iraq ,Kuala Lumpur baru-baru ini. Delegasi UUM yang di ketuai oleh Prof. Dr. Yusnidah Ibrahim , Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) bersama Prof. Dr. Huda Ibrahim, Penolong Naib Canselor UUMCAS.

Dalam perbincangan tersebut beberapa perkara telah dibangkitkan antaranya mengenai cadangan pemberian biasiswa kepada pelajar Iraq dan Malaysia yang belajar di kedua-dua negara, mengadakan MoU/MoA dengan Universiti di Iraq, program pertukaran pelajar, kerjasama penyelidikan dan lain-lain. Beberapa cadangan ‘matching grant’ juga sedang diusahakan dengan beberapa Universiti di Iraq termasuklah University of Babylon dan Al Rafidain College University.

Kerajaan Iraq juga turut memaklumkan UUM merupakan antara 10 buah Universiti di Malaysia yang di terima oleh rakyatnya untuk datang belajar terutamanya di peringkat siswazah. Sehingga kini terdapat 133 orang pelajar Iraq yang sedang belajar di UUM .