All demo content is for sample purposes only, intended to represent a live site. All content images are licensed from their respective sources for exclusive use on this demo only.

Ahad 21 Oktober 2018

netapps

07 Disember 2017/ 18 Rabiulawwal 1439H

UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA

(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

 

NETAPPS2017

Surakarta (Solo), Indonesia - Persidangan Antarabangsa Aplikasi Internet, Protokol dan Servis Ke-5 (NETAPPS2017) telah berjaya di adakan di Solo Paragon Hotel, Surakarta, Indonesia pada 29 hingga 30 November 2017. Persidangan ini adalah kerjasama antara Pusat Pengajian Pengkomputeran, UUM dan Department Informatik, Universitas Sebelas Maret (UNS), Surakarta, Indonesia.

Tema persidangan NETAPPS2017 “Enhancing Digital Thrust For Sustainable Development” adalah bertepatan dengan ancaman siber yang mengugat penggunaan internet. Perasmian NETAPPS2017 telah di sempurnakan oleh Prof. Drs. Sutarno, Timbalan Rektor Akademik UNS manakala UUM di wakili oleh Dr. Mohd. Hasbullah Omar. Persidangan ini telah di pengerusi oleh Dr. Bambang Harjito (UNS) dan Prof.Madya Hatim Mohamad Tahir (UUM). Sepanjang NETAPPS2017, peserta persidangan telah turut serta memberi pandangan dan perkongsian ilmu dalam sessi pembentangan kertaskerja. Persidangan ini juga telah dilengkapi dengan 4 ucap utama yang bertajuk “Advances on Image Retrieval: Fusion of Low and High-Level Features with Half-toning, Compression and Deep Learning’ oleh Prof. Jing-Ming Guo (NTUST, Taiwan), “The Digital Trust Implications of the Information-Centric Internet of the Future” oleh Prof Suhaidi Hassan (UUM), “Internet-of-Things and Bio-Inspired Algorithms” oleh Prof Riri Fitri Sari (Universitas Indonesia) dan “Watermarking Techniques for Intelectual Property Protection in the Digital Trust Era” oleh Dr. Bambang Harjito (UNS).

NETAPPS2017 kali ini dihadiri seramai 120 orang perserta dari seluruh dunia antaranya Iraq, Yeman, Indonesia, Syria dan Malaysia. Persidangan ini juga turut di sokong oleh Cyber Security Malaysia (sebuah agensi di bawah MOSTI), Malaysian Research and Education Network (MyREN) dan Internet Society Malaysia (ISOC).