All demo content is for sample purposes only, intended to represent a live site. All content images are licensed from their respective sources for exclusive use on this demo only.

Selasa 21 Ogos 2018

cyberkids


27 November 2017/ 07 Rabiulawwal 1439H

UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


PUSAT PENGAJIAN PENGKOMPUTERAN UUM ANJUR PROGRAM GENERATION OF CYBERKIDS


Alor Setar, 27 November: Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama Cybersecurity Malaysia dan Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma (SKSA) telah mengadakan satu program yang dikenali sebagai “Generation of Cyberkids” bertempat di Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma pada 14 November 2017 lalu. Program ini merupakan susulan daripada Service Learning yang dijalankan di SKSA pada bulan Oktober lalu.

Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan dalam program tersebut adalah dimulakan dengan ceramah mengenai keselamatan siber yang disampaikan oleh Lt Kol. Sazali Sukardi dari Cybersecurity Malaysia. Ceramah ini menekankan tentang kepentingan pengetahuan keselamatan siber yang perlu dipupuk sejak kecil lagi kerana generasi inilah yang akan mencorakkan dunia keselamatan siber pada masa hadapan. Aktiviti seterusnya adalah pembentangan mengenai keselamatan siber oleh pelajar SOC yang sedang menduduki kursus Keselamatan Sistem dan Rangkaian yang dikendalikan oleh Dr. Mohd. Nizam Omar. Pembentangan ini adalah selaras dengan keperluan SOC untuk mengadakan aktiviti service learning ataupun pembelajaran perkhidmatan. Empat topik seperti More Secure, More Fun, Cyberbullying, FB Security dan Wi-Fi Security telah mengambil tempat.

Yang menariknya selepas itu, pelajar telah di dedahkan dengan explorace dimana lapan aktiviti kecil telah disediakan seperti bola beracun, permainan komputer dan sebagainya. Penyertaan explorace ini berlangsung selepas pelajar dibahagikan kepada lapan kumpulan yang berbeza. Kumpulan Hulk telah dinobatkan sebagai kumpulan yang memenangi tempat pertama di dalam aktiviti explorace ini.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang aktiviti explorace disempurnakan oleh Dr. Mohamad Farhan Mohamad Mohsin, Timbalan Dekan Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni CAS dan Pn. Mafuzah Said, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SKSA. Di dalam ucapan ringkasnya, Dr. Farhan turut mengakui bahawa pengetahuan keselamatan siber amatlah perlu pada ketika ini dan didikan awal mengenainya perlu di terapkan mulai sekarang. Dalam pada itu Pn. Mafuzah yang mewakili SKSA pula merakamkan jutaan berterima kasih kepada semua pihak UUM dan Cybersecurity Malaysia dan berharap program sebegini dapat di teruskan lagi pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih.