All demo content is for sample purposes only, intended to represent a live site. All content images are licensed from their respective sources for exclusive use on this demo only.

Selasa 21 Ogos 2018

bagaikan sirih pulang ke gagang

30 Oktober 2017/ 09 Safar 1439H

UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

 

BAGAI SIREH PULANG KE GAGANG

ALOR SETAR, 30 Oktober: Begitulah ungkapan yang paling sesuai diterjemahkan apabila Dekan Pusat Pengajian Pengkomputeran, Prof. Dr. Huda Hj. Ibrahim yang merupakan bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma (SKSA) kembali ke sekolah tersebut pada 26 Oktober lalu. Namun pada kali ini kehadiran Prof.Dr. Huda adalah bagi tujuan perbincangan hubungan antara Universiti Utara Malaysia (UUM) secara umumnya dan Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) secara khususnya bersama SKSA.

Di dalam sesi pertemuan tersebut, Guru Besar Cemerlang, Puan Hajah Sobah Hj. Omar bersama-sama dengan Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Mafuzah Said, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Khairulanuar Md. Ani dan Penolong Kanan Kokurikum, En. Mohamad Nasiruddin Hj. Abdullah turut serta bersama. UUM pula diwakili oleh Dr. Mohd. Nizam Omar dari SOC.

Pihak SKSA sebenarnya amat mengalu-alukan kehadiran Prof. Dr. Huda dan Dr. Mohd. Nizam bagi membincangkan kerjasama yang boleh di adakan antara UUM dan SKSA. Menurut Pn. Sobah, memang ada jaringan antara SKSA dan UUM sebelum ini, tetapi jaringan yang terbina tidak lah benar-benar utuh. Oleh yang demikian, Pn. Sobah mengharapkan agar perbincangan kali ini dapat membina hubungan yang utuh antara UUM dan SKSA.

Di dalam perbincangan lebih kurang satu setengah jam tersebut, pelbagai topik perbincangan diutarakan. Di antaranya adalah keperluan SKSA untuk menyediakan pasukan robotik sekolah, pembangunan aplikasi mudah alih, pembangunan aplikasi multimedia sehinggalah kepada sukan golf. Apa yang menarik di sini adalah, kesemua keperluan SKSA ada di UUM atau SOC. SOC mempunyai perkakasan robotik melalui geran penyelidikan terdahulu. Pembangunan aplikasi mudah alik dan multimedia pula merupakan salah satu subjek yang ditawarkan di UUM dan bagi sukan golf yang baru diperkenalkan di SKSA, UUM merupakan universiti pertama di rantau ini yang mempunyai Akademik Golf yang tersendiri.

Perbincangan turut berkisar dengan perancangan SOC untuk mengadakan program CyberKids yang akan diadakan pada 14 November ini. Secara umumnya, program ini akan melibatkan asas service learning atau pembelajaran perhidmatan yang diperlukan universiti bagi membentuk siasah pelajar yang boleh memberikan perkhidmatan kepada masyarakat di luar. Di dalam program ini juga, pelajar di SKSA akan diberikan penerangan mengenai asas keselamatan siber oleh wakil pelajar SOC yang sedang mengambil kelas Keselamatan Sistem dan Rangkaian. Di dalam program Cyberkids ini, pelajar akan bermain pelbagai jenis permainan berdasarkan kepada kefahaman mereka mengenai keselamat siber yang dibentangkan oleh pelajar. Pelbagai jenis permainan seperti kata silang kata, permainan internet, teka teki dan lain-lain dirancang bersama. Apa yang menarik adalah kesemua permainan ini berasas kepada dunia keselamatan siber!!!.
Sesi pertemuan di akhiri dengan sesi minum petang yang disediakan oleh pihak SKSA.