All demo content is for sample purposes only, intended to represent a live site. All content images are licensed from their respective sources for exclusive use on this demo only.

Thursday 23 November 2017

MYIGF New1

04 OKTOBER 2017 / 13 MUHARAM 1439H

===================================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

 

SISTEM KESELAMATAN SIBER DINAMIK BANTU HADAPI ANCAMAN JENAYAH DALAM EKONOMI DIGITAL

SOC ONLINE: Cyberjaya - Dalam era kebangkitan ekonomi digital, sistem pertahanan keselamatan siber harus lebih canggih dan dinamik bagi menghadapi sebarang ancaman jenayah siber.

Naib Canselor, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, isu keselamatan siber menjadi perhatian di peringkat pembuat dasar dan pengawal selia.

Ujarnya, keselamatan boleh dibahagikan kepada dua iaitu ‘traditional’ (ketenteraan) dan ‘non-traditional’ (peranan kuasa ekonomi, politik dan kemasyarakatan) tetapi kini dilihat pertahanan keselamatan lebih terdedah kepada ‘non-traditional’.

Menurut beliau, dengan kecanggihan teknologi, manusia sudah saling berhubung hanya melalui telefon bimbit dengan adanya Internet, seterusnya mendedahkan diri kepada ancaman keselamatan siber.

“Pelbagai usaha diambil khususnya dalam konteks ekonomi digital di mana urusan transaksi elektronik semakin berkembang dan meningkatkan penglibatan ramai serta aktiviti dalam ekosistem ekonomi digital negara.

“Jika tidak ditangani akan mewujudkan pelbagai risiko, justeru satu polisi rangka kerja berkaitan harus diperkenalkan ke arah pencapaian model perniagaan yang dipercayai di Malaysia, malah pendidikan juga berperanan penting untuk memberi pendedahan sejak awal tentang ancaman siber ini,” katanya pada 2nd Malaysian Internet Governance Forum (MYIGF) 2017 di Auditorium SKMM, pagi tadi.

Dalam MYIGF 2017 anjuran Pusat Pengajian Pengkomputeran dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) itu, Dato’ Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus, Ketua Pegawai Komunikasi dan Ekosistem Digital, SKMM yang mewakili Pengerusi SKMM turut menyampaikan syarahan beliau.