All demo content is for sample purposes only, intended to represent a live site. All content images are licensed from their respective sources for exclusive use on this demo only.

Thursday 23 November 2017

MYIGF new

04 OKTOBER 2017 / 13 MUHARAM 1439H

===================================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Sumber: Unit Komunikasai Korporat

 

MYIGF 2017 Sebar Pandangan Isu Keselamatan Siber


SOC ONLINE: Cyberjaya - Dengan tema Cyber Security For Trusted Digital Economy, Pusat Pengajian Pengkomputeran (SoC) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menganjurkan 2nd Malaysian Internet Governance Forum (MYIGF) 2017 di Auditorium SKMM, hari ini.

Forum yang diadakan buat kali kedua selepas 2014 itu dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPT, Dato’ Kamel Mohamad yang mewakili Ketua Setiausaha KPT.

Dalam ucapan beliau berkata, forum ini melibatkan pelbagai pihak bagi memastikan keselamatan siber negara khususnya dalam keadaan selamat tanpa pencerobohan atau digodam.

Selain itu katanya, negara kini menghampiri era Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) yang tidak dinafikan mempunyai potensi untuk memperkasakan, mengubah dan menyelaraskan semula individu dan masyarakat kerana ia mencipta peluang-peluang baru untuk ekonomi dan pembangunan sosial.

“Didorong oleh kemajuan pesat dalam teknologi akan memberi kesan kepada semua disiplin, ekonomi dan industri.

“Bagaimanapun, ciptaan hebat dalam bidang teknologi ini jika disalahgunakan juga boleh menimbulkan kerosakan dan ancaman sebenar, justeru tadbir urus yang baik adalah sangat penting,” katanya.

MYIGF yang disertai lebih 100 peserta terdiri daripada ahli akademik dan pakar dalam bidang siber menjadi platform untuk menyebarkan dan berkongsi pandangan serta hasil kajian ke arah membangunkan isu keselamatan siber dalam digital ekonomi di peringkat kebangsaan dan global.

Pada forum itu juga, Naib Canselor UUM, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan Ketua Pegawai Komunikasi dan Ekosistem Digital, SKMM, Dato’ Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus turut menyampaikan syarahan masing-masing.