All demo content is for sample purposes only, intended to represent a live site. All content images are licensed from their respective sources for exclusive use on this demo only.

Tuesday 26 September 2017

foto 2

17 August 2017/ 24 Zulkaedah 1438H

UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

SOC TEKAD RAIH KEDUDUKAN TOP 100 QS WORLD UNIVERSITY RANKING BY SUBJECT

SOC ONLINE: Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Bengkel Pelan Strategik di Hotel Grand Alora, Alor Setar pada 16 Ogos, 2017. Bengkel ini bertujuan untuk merangka Pelan Tindakan Strategik SOC 2017 -2020 yang berlandaskan kepada Petunjuk Prestasi Utama UUM. Seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada barisan pengurusan SOC, Professor, ketua pusat kecemerlangan (SCoE) dan pengerusi jawatankuasa pusat pengajian hadir ke bengkel tersebut.

Agenda utama yang diberi penekanan adalah strategi peningkatan bilangan penerbitan dan sitasi, pembangunan akademik, pengantarabangsaan, pembangunan sumber manusia dan penjanaan kewangan. Selain itu, pelan tindakan untuk mempromosikan SOC turut dirangka bagi meningkatkan keterlihatan kepakaran ahli akademik SOC di peringkat nasional dan antarabangsa. Ini sekaligus dapat memacu SOC dari tahap kedudukan Top 500 ke Top 100 dalam QS World University Ranking by Subject bagi tahun 2020 selaras dengan pelan strategik UUM.

“Tiada yang mustahil untuk kita menempatkan diri dalam Top 100 QS World University Ranking untuk Computer Science & Information Systems subject,” tegas Timbalan Dekan SOC, Prof Madya Dr. Osman Ghazali. Hasil pelan tindakan daripada bengkel ini akan menjadi panduan warga SOC dalam melaksanakan tugas bagi membantu meningkatkan kualiti akademik pusat pengajian dan Universiti keseluruhannya. Dengan motto ‘Together We Excel’ dan berkat kesungguhan dan doa, SOC mampu merealisasikannya.