All demo content is for sample purposes only, intended to represent a live site. All content images are licensed from their respective sources for exclusive use on this demo only.

Tuesday 26 September 2017

Bengkel Penstrukturan Program BScIT

17 August 2017/ 24 Zulkaedah 1438H

UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)


Assalamualaikum & Good Day

SOC anjurkan Bengkel Penstrukturan Program BSc. IT (Hons.)

SOC ONLINE: SOC telah menganjurkan Bengkel Penstrukturan Program BSc. IT (Hons.) pada 9 dan 10 Ogos 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), SOC. Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi menyemak semula kursus yang ditawarkan untuk program BSC. IT (Hons.) supaya sejajar dengan keperluan MQA dan menepati klasifikasi ACM. Di dalam bengkel ini, kursus teras program serta pengkhususan telah diselaraskan dengan klasifikasi yang diguna pakai oleh MQA dan ACM. Selain itu, struktur keseluruhan program BSc. IT (Hons.) turut disemak dan ditambah baik supaya menepati keperluan semasa. Seramai 26 orang pensyarah yang terdiri daripada Jawatankuasa Semakan Kurikulum Program BSc. IT (Hons.) dan juga wakil pensyarah bagi setiap pengkhususan telah hadir bagi menjayakan bengkel ini. Turut hadir adalah Ketua Jabatan Sains Komputer, Dr. Mohd Hasbullah Omar dan Ketua Jabatan Sistem Maklumat, Dr. Mohd. Khairudin Kasiran. Kesinambungan daripada bengkel ini adalah Bengkel Semakan Silibus dan Pemetaan OBE yang akan diadakan dalam masa terdekat.