All demo content is for sample purposes only, intended to represent a live site. All content images are licensed from their respective sources for exclusive use on this demo only.

Tuesday 26 September 2017

pacis1

25 JULAI 2017 / 1 ZULKAEDAH 1438H
================================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Gambar oleh: SoC

PACIS 2017 BERAKHIR DENGAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

SOC ONLINE: Langkawi - Persidangan Asia Pasifik Mengenai Sistem Maklumat Ke-21 (PACIS) yang berlangsung selama lima hari mulai 16 Julai lalu di Meritus Pelangi Beach Resort & Spa telah menutup tirai dengan sesi lawatan sambil belajar ke beberapa tempat menarik di sekitar pulau legenda itu.
Pada hari terakhir itu, peserta dibawa melawat Kilim Karst Geoforest Park dan Dayang Bunting Geoforest Park bagi melihat habitat burung helang yang menjadi mercu tanda kepada Langkawi serta biodiversiti flora dan fauna selain melawat Gua Buaya, Gua Kelawar, Pulau Beras Basah dan kelong penternakan ikan.
Sambil menikmati keindahan di sekitar pulau bersejarah itu, peserta diberikan taklimat oleh pemandu pelancong bertauliah bagi memastikan lawatan ini penuh bermakna dan berilmu kepada mereka.
Sepanjang sesi lawatan ini, peserta turut diminta menyediakan kertas kerja atau kertas cadangan tentang cara meningkatkan kualiti dan pengurusan pelancongan dan alam sekitar di Pulau Langkawi menerusi sistem maklumat.
PACIS 2017 yang merupakan anjuran bersama Persatuan Sistem Maklumat Malaysia (MyAIS) dan Jabatan Sistem Maklumat, Pusat Pengajian Pengkomputeran (SoC), UUM menjadi platform kepada ahli akademik dalam bidang sistem maklumat dan teknologi maklumat untuk berkongsi hasil penyelidikan, idea dan amalan mereka dalam bidang tersebut.
Setinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak; Penolong Naib Canselor UUM CAS, Profesor Dr Huda Ibrahim yang juga Dekan SoC dan Profesor Dr Zulkhairi Md Dahalin atas sokongan padu serta urusetia dan jawatankuasa bertungkus-lumus menjayakan PACIS 2017.