All News

Bengkel : Cara Mudah Penyediaan Poster dan Video Menggunakan Canva

 

canva01Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) UUM CAS telah mengadakan bengkel bertajuk "Cara Mudah Penyediaan Poster dan Video Menggunakan Canva", dianjurkan oleh Jawatankuasa Seminar dan Latihan pada 7 Mac 2021, dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang secara atas talian mengunakan platform wWbex yang dihadiri oleh staff dan pelajar UUM. Kursus ini telah diadakan dalam dua sesi (sesi pagi dan petang) selama tiga jam bagi setiap sesi secara atas talian oleh Encik Abdul Hadi Abdul Razak, Pensyarah,Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia.

Objektif utama kursus adalah untuk meningkatkan kemahiran staf akademik dan pelajar dalam menghasilkan rekabentuk grafik bagi mempamerkan hasil penyelidikan dan projek dalam persidangan menggunakan perisian atas talian Cancanva02
va. Sebagai permulaan sesi, penceramah telah memberikan gambaran kegunaan Canva sebagai satu pelantar rekabentuk grafik untuk menghasilkan grafik media sosial, pembentangan, poster, dokumen dan sebagainya. Seterusnya, En. Hadi mendedahkan kepada peserta konsep dan teknik penghasilan poster dan video menggunakan Canva melalui demonstrasi yang mudah dan boleh dipraktikan secara terus. 

Sepanjang sesi berjalan peserta berpeluang secara praktikal telibat dalam penyediaan poster dan video menggunakan Canva. Selain itu, beberapa tips dan panduan penyediaan poster dengan menggunakan Canva telah dikongsi oleh penceramah bagi menghasilkan grafik yang menarik. Secara keseluruhan peserta telah memberikan komitmen yang baik. Selain itu, sesi soal jawab turut diadakan disepanjang kursus ini yang telah  berjalan dengan baik dan lancar.