All News

LAWATAN MUHIBAH NAIB CANSELOR KE SOC

lawatan nc final small

SOC ONLINE: Satu lawatan muhibah diadakan oleh YBhg. Prof. Dr. Ahmad Bashawir Abd. Ghani, Naib Canselor UUM ke Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) pada 16 Julai 2019. Lawatan ini merupakan siri lawatan Naib Canselor ke setiap PTJ di UUM bagi tahun 2019.

Semasa lawatan tersebut YBhg. Naib Canselor telah disambut oleh Prof. Dr. Huda Hj. Ibrahim, Dekan Pusat Pengajian Pengkomputeran dan juga para penjawat SOC dan seterusnya diberikan taklimat mengenai SOC dan juga pencapaiannya.

Dalam sesi tersebut juga, YBhg Naib Canselor sempat beramah mesra dengan para pensyarah SOC dan juga menyampaikan ucapan ringkas mengenai harapan pihak Universiti kepada Pusat Pengajian untuk lebih berjaya dan cemerlang pada masa depan.

Perkara utama yang disampaikan ialah semua Pusat Pengajian termasuk SOC perlu meningkatkan kerjasama dengan pelbagai industri. Ini termasuklah memantapkan lagi struktur kurikulum program akademik dengan mendapat pandangan serta pengesahan pihak industri.