All News

Storytelling Techniques in Teaching & Learning for Higher Education

storytelling02Satu majlis perkongsian ilmu bertajuk "Storytelling Techniques in Teaching & Learning for Higher Education " telah dianjurkan oleh JK Seminar dan Latihan, Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) bertarikh 18 dan 19 Jun 2019, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, SOC. Aktiviti yang diadakan bertujuan memberi peluang kepada staf akademik SOC mempelajari strategi penceritaan dalam pengajaran dan pembelajaran serta melihat demonstrasi strategi penceritaan daripada pakar yang dijemput. Penceramah yang dijemput merupakan seorang pencerita profesional yang terkenal,  iaitu Puan Samsul Khamariah binti Hamzah (UmmiSHAM)  atau lebih mesra dengan panggilan “Ummi” mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang penceritaan  dan terlibat secara aktif  di peringkat antarabangsa. Beliau juga  merupakan mantan  Penolong Pengarah Perpustakaan Negara. Sepanjang majlis perkongsian tersebut, beliau telah berkongsi pelbagai pengalaman mengenai teknik dan strategi penceritaan yang boleh membantu dalam menambah kreativiti semasa pengajaran dan pembelajaran di kalangan tenaga pengajar. Menurut beliau teknik penceritaan yang efektif boleh meningkatkan kefahaman penerimaan bahan pengajaran di kalangan pelajar dengan lebih baik. Beliau juga menyarankan agar bengkel penceritaan diteruskan dengan menfokuskan kepada bidang pengajian pengkomputeran di kalangan ahli akademik yang berminat. Walaupun kemahiran penceritaan memerlukan masa dan komitment yang tinggi tetapi hasil penceritaan yang efektif dapat dihayati dan difahami oleh pendengar dengan lebih baik. Seiring dengan itu juga, adalah diharap agar perkongsian teknik penceritaan oleh beliau dapat membuka peluang bagi meningkatkan kajian penyelidikan para peserta dalam bidang berkaitan. Perkongsian majlis diakhiri dengan sesi soal jawab di antara peserta dan Puan UmmiSHAM.

JK Seminar dan Latihan SOC merakamkan setinggi-tinggi  penghargaan kepada Puan UmmiSHAM dan para peserta yang telah memberikan komitmen dalam menghadiri majlis perkongsian ilmu yang diadakan.